Wednesday, September 21, 2011

Dilema Di antara Menyimpan Nilai Wang Atau Jumlah Wang


Dalam sistem kewangan ketika ini, terdapat 3 jenis wang yang digunakan sentiasa kita gunakan dalam menjalani kehidupan seharian, dimana setiap satu darinya mempunyai peranan dan fungsi penggunaan yang berbeza. Hari ini, diantara faktor utama yang membuatkan kewangan peribadi kita dilanda "Bencana Kewangan" ialah disebabkan oleh pengetahuan tentang kewangan yang amat sedikit sehingga kita tidak menyedari akan kewujudan ketiga2 jenis wang ini, sekaligus membuatkan kita seringkali menyalah fungsi penggunaannya.

3 kategori tersebut ialah :

1- Wang Komoditi - Peranannya adalah sebagai Penyimpan Nilai dan ianya digunakan sebagai medium simpanan untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Cth : Emas & Perak (Fizikal).

2- Wang Fiat - Peranannya adalah sebagai Alat Pembayaran yang diterima penggunaannya untuk mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Cth : Wang Kertas.

3- Wang Kredit - Peranannya adalah untuk membolehkan kita membuat sesuatu pembelian / pinjaman dan ianya mesti dibayar semula dalam sesuatu tempoh secara ansuran. Cth : Pinjaman / Kredit Kad.

Berdasarkan penjelasan diatas, anda telah pun memahami peranan dan fungsi setiap jenis wang, dan cuba anda periksa semula tabiat kewangan anda, adakah anda menggunakan sesuatu jenis wang itu pada tempatnya yang sebenar atau sebaliknya?

Saya yakin, pasti tidak ramai yang menggunakan Wang Komoditi (Emas & Perak) sebagai simpanan jangka pendek, sederhana dan panjang mereka, kerana mereka lebih gemar menyimpan Wang Fiat di bank dan bagi mereka ianya lebih selamat dan menguntungkan.

Namun begitu, disebabkan anda telah menggunakan Wang Fiat yang sepatutnya hanya digunakan sebagai medium pembayaran kepada medium simpanan, bermakna anda telah menggunakan wang yang salah untuk fungsi yang salah. Maka kesannya, semakin banyak Wang Fiat yang disimpan, semakin rendah kuasa beli anda atau dalam ertikata lain makin sedikit barangan dan perkhidmatan yang anda boleh dapatkan pada masa akan datang, dan situasi inilah yang dinamakan Inflasi.

Simpan Jumlah Atau Nilai?

Hakikatnya, setiap kali anda menyimpan Wang Fiat, bermakna anda telah menyimpan Jumlah Wang dan bukannya Nilai Wang, kerana kertas yang anda simpan itu tiada nilai. Berbanding jika anda menukarkan Wang Fiat yang hendak disimpan itu kepada bentuk Wang Komoditi terlebih dahulu sesuai dengan fungsinya sebagai simpanan, maka anda telahpun menyimpan Nilai Wang anda di dalam bentuk Emas / Perak kerana kedua2 komoditi ini mempunyai nilainya sendiri.

Harus diingat, kekayaan yang perlu disimpan itu adalah dalam bntuk Nilai dan bukannya Jumlah, kerana Nilai adalah sesuatu yang Abstrak, tidak boleh diperbaharui dan tidak akan lenyap menjadikan sesuatu yang bernilai itu akan sentiasa berharga (mempunyai harga). Berbanding Jumlah, ianya adalah sesuatu yang boleh dihitung, diperbaharui dan ditambah pada bila2 masa menjadikan ianya sesuatu yang tidak mempunyai harga.

Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan diantara menyimpan di dalam bentuk Jumlah dan Nilai.

Wang Kertas Dengan Jumlah Yang Banyak Jumlahnya Menjadi Sedikit Apabila Yang Disimpan Adalah Nilainya

Wang kertas dalam gambar diatas adalah jumlah yang sama yang saya gunakan untuk ditukar kepada bentuk Wang Komoditi kerana Wang Kertas tersebut adalah untuk tujuan simpanan. Lihat, jumlah Dinar Emas yang saya perolehi menjadi sedikit apabila telah ditukarkan dari Wang Fiat kepada Wang Komoditi.

Lebih menarik lagi, Wang Komoditi bukan sahaja menyimpan nilai kekayaan saya, tetapi juga menggandakan nilai kekayaan saya melalui kenaikan semasa harga Emas di pasaran. Saya pasti, tiada siapa akan menyangka Wang Kertas sebanyak kira2 RM47,200.00 di atas tadi, apabila saya tukarkan dalam bentuk Wang Komoditi sebaagai simpanan, kini hanya kira2 10 bulan sahaja jika saya menjualkan kesemua Dinar Emas tadi untuk mendapatkan Wang Fiat, maka jumlah keseluruhan Wang Fiat yang akan saya perolehi adalah sekitar RM60,800.00 atau penambahan Jumlah Wang Fiat sebanyak RM13,600.00 bersamaan dengan kenaikan sebanyak 29%!! Bermakna purata penambahannya ialah sebanyak RM1,360.00 sebulan!!

Nah, inilah yang dikatakan kehebatan dan keistimewaan Wang Komoditi Emas & Perak kerana ianya bukan sahaja menyimpan nilai, tetapi ia juga menggandakannya, dalam ertikata lain, Wang Komoditi Emas & Perak adalah satu medium Simpanan & Pelaburan yang unggul! Berbanding jika Wang Fiat itu tersimpan sahaja, adakaah ianya akan bertambah jumlahnya dengan sendiri? dan apakah lebih banyak barangan keperluan dan perkhidmataan yang akan anda perolehi?

Pada bila2 masa saja, sekiranya saya memerlukan sejumlah Wang Fiat untuk digunakan, saya hanya perlu menjualkan beberapa keping Dinar ini mengikut kepada jumlah Wang Fiat yang diperlukan sahaja, selainnya biarkan sahaja ia di dalam bentuk Emas kerana makin lama disimpan, maka semakin banyak nilai yang akan digandakan. Dan bukan sekali ini sahaja saya menukarkannya kepada bentuk Wang Komoditi sebagai simpanan, tetapi setiap kali saya ada Wang Fiat yang tidak digunakan dan ingin disimpan, maka saya akan segera menukarkannya kepada Wang Komoditi untuk disimpan sehinggalah sampai waktu saya memerluka Wang Fiat kelak, barulah ia akan saya tukarkan semula.

Sumber

www.pelaburjutawan.com

Jutawan Diusia 25 Tahun

Sunday, January 4, 2009

Fertigasi

Assalamualaikum...

Arakian bermulanya kisah menjadi petani moden didalam kawasan rumah teres...

Modal utk bermulanya pernanaman fertigasi:
1. Set Lengkap "Pakej SPH-Fertigasi" (aku amik pakej sayuran) = RM 150.00
(aku beli dari SPH-Fertigasi - tenkiu Mr Izani)
2. 1 Bekas air 48L (nak guna 45L shj) = RM 39.90
3. 2 Bekas air 5L (untuk Baja A dan Baja B) = Rm 10.90 x 2
4. Bekas mengukur = RM 4.90
5. Extension Wayar 10Y (~10M) = RM 16.90

TOTAL = RM 233.50